Coping with Stress
DISIPLIN
HEICHOU PLEASE SHARE WITH US
MIDNIGHT ESSAYS
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah
Cara2 melahirkan masyarakat berbudi bahasa
Faedah2 hidup berjiran
Tup! (Mentol menyala)
Walking
| ULASKAN PERNYATAAN
10.28.2015, Wednesday, October 28, 2015 ♥
Aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama dengan keluarga sangat digalakkan kerana dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan selain dapat menyihatkan badan. "Keluarga yang bahagia disukai oleh Malaikat", pernyataan tersebut memberikan penekanan bahawa sesebuah keluarga mestilah bekerjasama dalam membina sebuah keluarga yang bahagia. Akan tetapi, pada era globalisasi ini, aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama keluarga semakin kurang dilakukan oleh masyarakat pada hari ini.Hal ini kerana, zaman teknologi yang semakin kian berpesat sehingga secara tidak langsung telah menghapuskan amalan "beriadah dan berekreasi sesama keluarga". Apabila hal ini berlaku bagi mencapai status keluarga bahagia amatlah sukar dan menyebabkan keluarga yang kurang bahagia. Dengan itu, aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama dengan keluarga sangat digalakkan kerana dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan selain dapat menyihatkan badan. Terdapat beberapa kebaikan yang boleh diperoleh apabila sesebuah keluarga mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi. Amalan tersebut dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga. Hal ini kerana keseronokan dalam bersukan dapat diwujudkan semasa beriadah dan berekreasi. Bagi menghidupkan suasana yang seronok itu,pada hujung minggu, seisi keluarga boleh turun padang untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama sama ada di taman atau padang untuk melakukan pelbagai aktiviti yang sihat seperti di City Park, Kompleks sukan atau mana mana tempat yang berdekatan dengan rumah. Bukan itu sahaja, ahli keluarga boleh berkongsi pandangan ,pendapat dan masalah sepanjang masa mereka bersama-sama. Dengan itu,setiap ahli keluarga boleh memahami antara satu sama lain seterusnya merapatkan jurang antara mereka. Keseronokan melakukan aktiviti riadah juga akan lebih dinikmati dengan adanya orang yang disayangi di sisi kita. Menyingkap daripada sudut perspektif lain, aktiviti riadah yang dilakukan pada setiap minggu mampu mengurangkan tekanan dalam diri seseorang.Bayangkan jika ibu bapa perlu bekerja selama 60 jam dalam 5 hari,bukankah mereka akan mula mengalami tekanan? Kepenatan,keletihan dan beban kerja yang memberatkan akan menyebabkan mereka menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti mudah marah,letih,lesu dan tidak bersemangat. Hal ini demikian akan menyebabkan prestasi ibu bapa akan mengalami kemerosotan dan mengundang pelbagai impak negatif seperti mendapat teguran daripada pihak atasan,dilucutkan jawatan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, malah anak-anak juga akan terabai di rumah.Dengan aktivitinya riadah,hal ini akan membolehkan kita melakukan aktiviti yang mereka gemar. Hal ini menjadi cara yang efektif untuk menghiburkan ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa yang bekerja dapat melupakan beban yang ditanggung dan mendapat waktu rehat yang bermanfaat. Oleh itu, wajarlah aktiviti riadah dipraktikkan kerana dapat mengurangkan tekanan yang dialami untuk mewujudkan keluarga yang bahagia. Selain itu, amalan rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan badan. Amalan yang menyihatkan seperti berjoging, berkhemah mahupun sukan ekstrem seperti aktiviti terjunan udara mampu meningkatkan kadar kecergasan dan mengelakkan pelbagai penyakit koronari. Contohnya, melalui aktiviti terutamanya sukan ekstrem yang menjadi kegilaan pemuda pemudi, anggota masyarakat dapat meningkatkan kadar metabolisme yang baik untuk tubuh. Apabila mereka peroleh kesihatan yang baik, maka keluarga yang sihat juga dapat diwujudkan. Sudah terang lagi bersuluh, amalan rekreasi adalah faktor penting untuk membentuk sebuah keluarga yang sihat. Akhir sekali, aktiviti rekreasi mampu menggalakkan pertukaran idea atau buah fikiran dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, pertukaran idea yang bernas mampu mematangkan tahap pemikiran masyarakat. Misalnya, melalui diskusi ringkas dalam kalangan masyarakat, semangat individualisme dapat dihapuskan dan semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakar. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa rekreasi mampu merangsang pertukaran idea dan mencegah sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai banyak kepentingan tertentu yang dapat dimanfaatkan oleh setiap anggota masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengutamakan dan mengamalkan aktiviti riadah dalam kehidupan seharian kerana sesungguhnya, minda yang cerdas terletak pada badan yang cergas. |