<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6205288770216837058\x26blogName\x3dMrs.Nutella\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://dax-gilegile.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://dax-gilegile.blogspot.com/\x26vt\x3d-2319436844427489072', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>


Throwback

Tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah
Cara2 melahirkan masyarakat berbudi bahasa
Faedah2 hidup berjiran
Tup! (Mentol menyala)
Walking
PWETTY
Nine Thirty Four AM
REVIVAL
DISGRACE 2
DISGRACE
Underlined | Bolder | Italic | Strike

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
10.14.2015, Wednesday, October 14, 2015
Berdasarkan pernyataan di atas, sebagai remaja huraikan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan untuk merealisasikan cabaran tersebut.

  Salah seorang tokoh falsafah Islam yang tersohor, Imam Al Ghazali pernah berkata, "Jikalau kamu mahu melihat negara pada masa depan, lihatlah kepada remajamu pada hari ini". Kata-kata tersebut memberi inspirasi bahawa, peranan pemuda pemudi amatlah besar dalam menentukan corak dan masa depan negara. Merekalah yang akan menjadi penggerak tamadun dan mengambil alih tampuk kepimpinan negara yang akan diwariskan oleh para pemimpin pada hari ini. Walau bagaimanapun, jikalau dilihat kepada kenanaran sebahagian besar anak muda pada hari ini, harapan yang tinggi menggunung itu adalah terlalu kabur, ibarat kiasan peribahasa, masakan berteras si kayu mahang? Sedar akan tanggungjawab yang perlu dipikul, sebagai anak nusa yang mempunyai visi, saya bercita-cita untuk menggalas amanah dan tanggungjawab kepada negara. Saya bersetuju pemuda dan pemudi hendaklah segera bangkit dengan persediaan mental dan fizikal supaya dapat menjadi aset yang paling bernilai kepada tanah air tercinta. Sesungguhnya, di atas batu jemala kitalah terletak tanggungjawab besar sejajar dengan slogan, "Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara". Sesungguhnya, sebagai anak muda, inilah ikrar dan aku janji yang perlu saya pikul demi mencapai matlamat murni negara itu.

 
  Menyedari amanah besar yang sedang menanti, saya perlu memperlengkap diri sebagai orang muda yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Hal yang demikian itu amatlah penting kerana sifat takwa akan membentuk diri sendiri agar lebih patuh kepada khaliq. Saya hendaklah melaksanakan segala tuntutan agama dan meninggalkan segala larangan sebagai wahana melahirkan insan yang istiqamah dengan kualiti iman, amal dan akal budi. Saya yakin benar bahawa insan yang bertakwa ialah modal insan yang berkualiti dan sentiasa bermotivasi untuk menjadi aset besar kepada negara. Tanpa iman, diri akan hilang pedoman malah menjadi manusia nanar umpama layang-layang yang terputus talinya. Justeru, sifat takwa juga bakal mengajar saya akan erti perjuangan terhadap watan tercinta berdasarkan kata-kata dalam peribahasa Arab, "Kasih akan watan adalah sebahagian daripada iman".


  Untuk berhadapan dengan cabaran dunia tanpa sempadan, saya hendaklah bersedia memperlengkap diri dengan pakej, fizikal, mental, emosi dan sahsiah yang sempurna. Semua pakej asas tersebut amatlah penting dalam hal membina jati diri remaja alaf baru. Tanpa ketahanan dan jati diri, saya mudah tewas dalam mengharungi cabaran kerana usia yang muda ibarat darah baru setampuk pinang usia baru setahun jagung. Demi menyahut seruan negara, saya akan berusaha mengikuti teladan tokoh yang berjaya seperti Levi Ackerman. Negara pasti berbanga apabila dapat melahirkan tokoh-tokoh yang berwibawa dalam pelbagai bidang seperti politik, antarabangsa, ekonomi, sukan dan perniagaan. Sesungguhnya, saya berazam biarlah hidup dan mati saya mempunyai nilai kerana sumbangan kepada negara, bak kata peribahasa, gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggakan belang manusia mati meninggalkan jasa.

  Mantan Presiden Indonesia (Sukarno) pernah berkata, "Aku mampu goncangkan dunia ini dengan hanya sepuluh peria (pemuda)  sebaliknya aku akan macet (gagal) walaupun diberikan seribu orang yang sudah tua". Demikianlah nilai orang muda kepada seoang wira kemerdekaan negara seperti Sukarno. Menyedari hakikat tersebut, sewaktu usia masih muda saya perlu memanfaatnya sebagai persediaan untuk berdepan dengan pelbagai cabaran. Falsafah 'songsang' muda hanya sekali dan gunakanlah untuk berseronok hendakalah  dilemparkan jauh-jauh daripada kamus hidup saya.a Beberapa prakarsa yang harus saya perkasakan seperti memperlengkap diri dengan ilmu pengetahuan, memacu kerjaya dengan kemahiran dan sentiasa kebal terhadap segala cabaran. saya perlu bangkit untuk mengangkat martabat negara ini agar setanding dengan negara-negara maju yang lain seperti Luxembourg, Singapura, Jepun dan Norway. Saya amat cemburu dengan negara-negara kerdil tersebut, yang mampu menadi gergasi ekonomi kerana kecemerlangan rakyatnya dalam bidang ilmu dan teknologi. Sesungguhnya, inilah janji saya dalam melunaskan tuntutan, "Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara".

  Seseorang yang paling berjaya ialah yang mampu mengenali potensi yang dianugerahi Allah pada dirinya. Potensi inilah yang perlu saya manfaatkan demi masa depan saya dan kebaikan untuk negara. Dalam hal ini, saya amat terkesan dengan nasihat Nabi SAW bahawa, Jadilah insan yang tangan di atas kerana tangan di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah". Oleh itu, ketika negara berada di ambang menjadi negara maju, syaya hendaklah memilih bidang kemahiran dan profesional agar dapat memenuhi pasaran kerja dan mampu menjadi penyumbang yang berkesan. Bidang-bidang tersebut seperti kejuruteraan, inovasi san ICT wajib diperkasakan sebagai pelengkap kepada aspirasi negara. Saya akur dengan kealpaan kita memenuhi tuntutan negara akhirnya 6.7 juta warga asing sedang memenuhi pasaran kerja di negara ini. Sekarang bukan masa untuk berpeluk tubuh dan seyogia saya sangat malu akan tempelak peribahasa, ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.

  Kesimpulannya, dalam merealisasikan sebuah negara bangsa yang berjaya, maka hakikatnya pemuda dan pemudiah yang menjadi taruhan. Jatuh bangun atau maju mundur sesebuah negara adalah terletak kepada sejauh mana ketahanan orang muda telah bersedia untuk menggalas amanah negara. Sebagai anak muda yang memiliki citra terhadap bangsa dan tanah air, saya berazam untuk memajukan negara ini agar setanding dengan negara-negara di dunia yang telah maju. Oleh itu, ketika usia masih muda dan darah masih panas inilah masa untuk saya dan rakan-rakan membuktikan kesungguhan terhadap bumi yang dipijak dan langitnya dijunjung.



« Previous // Future »