<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6205288770216837058\x26blogName\x3dMrs.Nutella\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://dax-gilegile.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://dax-gilegile.blogspot.com/\x26vt\x3d-2319436844427489072', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>


Throwback

Faedah2 hidup berjiran
Tup! (Mentol menyala)
Walking
PWETTY
Nine Thirty Four AM
REVIVAL
DISGRACE 2
DISGRACE
Promise and Work On
A Barren Happiness
Underlined | Bolder | Italic | Strike

Cara2 melahirkan masyarakat berbudi bahasa
10.14.2015, Wednesday, October 14, 2015
 Errr.. Heichou?





















  Sejak zaman-berzaman, generasi tua terasuh dengan budaya dan adat sopan yang menitikberatkan nilai-nilai budi dalam setiap perbuatan dan perbualan. Mereka sentiasa meletakkan budi bahasa sebagai pelengkap kehidupan berhemah. Budi bahasa lazimnya merujuk kepada tutur kata, kelakuan dan sopan santun yang meliputi akhlak mulia. Untuk menyuburkan amalan yang mulia ini, kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Justeru, kesedaran sivik masyarakat umum mestilah ditingkatkan oleh semua pihak untuk melahirkan warganegara yang berhemah tinggi.


  Sementara itu, amalan berterima kasih hendaklah disuburkan semula. Alangkah eloknya tradisi masyarat silam ini diamalkan secara menyeluruh di mana-mana sahaja pada setiap masa. Dalam kehidupan masyarakat, nilai kerjasama dan tolong-menolong tidak boleh diabaikan. Amalan ini akan menyemai perasaan hormat-menghormati di samping mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat. Antara amalan harian yang perlu kita lakukan untuk mengembalikan warisan silam itu termasuklah budaya berbahasa yang sopan dan berakhlak mulia.


  Ibu bapa bertanggungjawab dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak supaya membesar dengan akhlak yang terpuji. Cabarannya hebat kerana ibu bapa kini terhimpit oleh tuntutan kerjaya masing-masing. Pada peringkat sekolah pula, guru-guru perlu mendidik murid mereka supaya berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai kerana banyak masa murid dihabiskan di sekolah. Satu langkah drastik yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan memperkenalkan mata pelajaran Pendidik Sivik dan Kewarganegaraan. Oleh sebab itu, amalan berbudi bahasa wajib kita laksanakan baik di sekolah atau di rumah. Malahan amalan ini perlu dihayati dan diamalkan oleh seluruh rakyat. Dengan perkataan lain, setiap orang betanggungjawab dalam mengekalkan nilai budi bahasa itu.

   Jika hal ini dapat diwujudkan, maka usaha untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 akan berhasil kerana nilai-nilai murni merupakan satu daripada ukuran kemajuan bangsa dan negara. Budi bahasa dan amalan murni tidak dapat bercambah tanpa usaha untuk memupuknya. Rakyat dan kerjaan mesti berusaha bersama-sama untuk mewujudkan masyarakat yang berhemah dan berbudi bahasa. Untuk tujuan itu, kita perlu ingat-mengingatkan supaya amalan murni yang kian terhakis itu menjadi amalan pada setiap masa. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni merupakan kemuncak tindakan kerajaan untuk menerapkan amalan mulia ini dalam fikiran, perilaku dan hati budi warganegara Malaysia dalam pelbagai lapisan masyarakat. Kempen ini diharapkan meneguhkan keperibadian dan mempamerkan jati diri dan imej rakyat Malaysia yang positif kepada masyarakat antarabangsa.



« Previous // Future »