<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6205288770216837058\x26blogName\x3dMrs.Nutella\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://dax-gilegile.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://dax-gilegile.blogspot.com/\x26vt\x3d-2319436844427489072', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>


Throwback

MIDNIGHT ESSAYS
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah
Cara2 melahirkan masyarakat berbudi bahasa
Faedah2 hidup berjiran
Tup! (Mentol menyala)
Walking
PWETTY
Nine Thirty Four AM
REVIVAL
Underlined | Bolder | Italic | Strike

HEICHOU PLEASE SHARE WITH US
10.14.2015, Wednesday, October 14, 2015
"Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu". Sebagai pelajar yang telah berjaya, anda ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada sekolah dan guru-guru yang mendidik anda.
Tulis teks ucapan untuk melahirkan perasaan anda itu.




Assalamualaikum dan salam salam sejahtera,

   Yang saya hormati Puan Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Ambang Saujana, Tuan Haji Ramli Bin Mohd Zaini, Yang Dihormati para guru dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Atas limpah kurnia Allah yang Maha Pemurah lagi Pengasihani, saya melafazkan kesyukuran kerana dengan izin-Nya kita dapat berjumpa dalam majlis yang amat besar ertinya kepada warga SMK Ambang Saujana. Kita sangat bertuah dan bersyukur kerana di sekolah inilah tempat kita belajar, bermain,berkawan,bermesra dengan para guru dan seterusnya melakarkan kejayaan.

Hadirin sekalian,

Air Jenih genang-genangan
Alir dearas jernih di hulu
Tempat jatuh lagi dikenang
Inikan pula tempat menimba ilmu

Pantun di atas dengan sesungguh, saya dedikasikan untuk para guru dan khususnya untuk SMK Ambang Saujana yang telah banyak menaburkan budi kepada saya dan saudara saudari. Istimewa pula, pada hari yang bertuah ini, kita diraikan sekali lagi kerana mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Hadirin sekalian,

  Sebelum menelusuri lebih jauh, terlebih saya dahulu mengambil peluang untuk mengimbau semula sejarah lima tahun yang ketika kami mendaftarkan diri di sekolah ini. Sebagai pelajar baru, kami seolah-olah lembu masuk kampung semasa pertama kali melepasi pintupagar sekolah. Pelbagai perasaan berbaur dalam benak fikiran tentang alam persekolah menengah yang bakal ditempuhi. Perasaan geru, seronok, dan cemas bertukar ganti mengusi emosi. Maklumlah, pada waktu itu kita dikelelingi oleh pelajar-;plejar yag levih senior dan ada dalam kalangan yang bertubuh gempal dan asa. Malahan perkara yang levih rumit lagi ,sesama kita pun belum kenal antara satu sama lain. Namun begitu, semua perasaan tersebut tidak lamat beada di dalam minda apabila para guru yang cukup berdedikasi dan penyayang telah membimbing kita. Natijahnya, sekarang kita telah menjadi sebahagian daripada insan bertuah yang diraikan oleh pihak sekolah atas kejayaan cemerang dalam peperiksaan SPM yang lalu.

Para pendidik yang dihormati sekalian,

  Alhamdulillah, tiada kalimah seindah madah untuk saya lafazkan atas kejayaan meraih keputusan paling cemerlang yang saya peroleh. Memang benar, rajin dan usaha tangga kejayaan. Namun apa-apapun, kejayaan meraih 101A yang terpampang di hadapan mata bukanlah perkara gampang. Sebaliknya, tanpa usaha dan komitmen yang cukup dedikasi daripada para pendidik dan pengurusan sekolah, kejayaan yang berada dalam tangan saya dan rakan-rakan adalah suatu misi yang mustahil. Kami cukup yakin setitis liu basah yang terpercik daripada lidah seorang pendidik aalah sumber yang menjadi mutiara ilmu. Terima kasih cikgu! Sesungguh, jasamu akan kami kenangi bak seluas lautan yang tidak bertepian.

Rakan-rakan sekalian,

   Selama lima tahun kita menimba ilmu di sini, bukan perihal akademik sahaja yang menjadi agenda pihak sekolah, malahan pembinaan sahsiah dan jati diri turut dirancang. Kita didik menjadi insan serba boleh dalam bidang kurikulu, kokurikulum, , pemantapan rohani serta motivasi. Pelbagai program kecemerlangan sama ada yang berunsurkan akademik mahupun kokurikulum telah berjaya membentuk diri kita menjadi insan yang hebat dan cemerlang. Betapa tidak, sekolah ini adalah antara yang tersohor dalam kalangan institusi menengah di negeri ini. Kita cmerlang dalam setiap peperiksaan awam, kita hebat dalam beberapa acara sukan serta kita amat digeruni dalam beberapa pertandingan koakademik seperti pidato, koir, dan persembahan kebudayaan.Pendek kata, kita telah membuktikan kemampuan untuk menjadi insan yang seimbang. Sesungguhnya, semua kejayaan tersebut tidak lain dan tidak bukan kerana guru-guru yang amat dedikasi yang berada di hadapan kita.

Hadirin sekalian,

  Bercakap bagi pihak diri saya sendiri, perasaan gembira,terharu dan bangga masih belum mampu saya lahirkan sama ada dalam bentuk kata-kata mahupun tingkah laku. Tanpa dibatasi oleh apa-apa sempadan, saya menganggap guru guru sebagai ibu dan ayah kepada saya. Mereka menyuluhi  saya sinarhari depan yang meyakingkan. Mereka amat penyayang dan mereka amat prihatin. Saya percaya walaupun setinggi langit tangan menyapu awan, saya tidak mampu menoleh pandang melainkan SMK Ambang Saujana tetap di hati dan pasti kekal abadi mencipta sejarah. Izinkan saya mengambil segala inspirasi yang tuan-tuan dan puan-puan telah ilhamkan sepanjang mendidik saya. Saya bertekad untuk membalas budi anda dengan membawa balik kejayaan yang lebih cemerlang. Saya berjanji, demi anak nusa yang terdidik sempurna di sini, tidak sama sekali-kali berlaku seperti kacang melupakan kulit sebaliknya tidak jauh seluang melaut balik juga ke muara. Insyaa-Allah,

Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,


  Diri kita ibarat setinggi-tinggi terbang bangau hinggap semula di belakang kerbau. Janganlah terjadi,daun melayang jauh perdu dilupakan. Pada kesempatan ini, saya menyeru rakan-rakan yang bersama-sama mencipta kecemerlangan di sini agar menyimpan iltizam untuk kembali kepada ibu kandung bagi menabur khidmat dan bakti. Ayuh, masa kita di sini sudah tamat dan kita buka episode baru untuk melanjutkan pelajran ke peringkat yang lebih tinggi. Yang penting kepada kita, jangan sekali-kali kita pergi sehingga melupakan tempat jatuh bangun di sini kerana, "Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu". Selepas mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi sentiasalah kembali menjenguk sekolah yang telah mencipta sejarah cemerlang kita. Ingatlah pesan peribahasa, daun boleh melayang jauh, tetapi getah tetap mengalir ke perdu.


Hadirin sekalian,
  
  Berat hati dan longlai langkah untuk saya pergi meninggalkan sekolah ini. Lipatan sejarah yang telah ternukil sepanjang dididik di sini terus menjadi usikan kenangan. Insya-Allah selagi hayat dikandung badan, budi para pendidik tetap dikenang bak budi setahun segunung intan.Saya berdoa semoga Allah mencurahkan rahmat dan keberkatan kepada tuan-tuan dan puan-puan agar terus berdedikasi dalam mendidik anak-anak nusa. Izin kami pergi, dengan saya abadikan serangkap pantun, 

Burung terbang melintas sempadan
Terbang menuju muara segara
Biar jauh berbilang lautan
Sebutir katamu menjadi mutiara

Sekian terima kasih.








« Previous // Future »