<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6205288770216837058\x26blogName\x3dMrs.Nutella\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://dax-gilegile.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://dax-gilegile.blogspot.com/\x26vt\x3d-2319436844427489072', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>


Throwback

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah
Cara2 melahirkan masyarakat berbudi bahasa
Faedah2 hidup berjiran
Tup! (Mentol menyala)
Walking
PWETTY
Nine Thirty Four AM
REVIVAL
DISGRACE 2
Underlined | Bolder | Italic | Strike

MIDNIGHT ESSAYS
10.14.2015, Wednesday, October 14, 2015

Wawasan negara sudah hampir kepada tempohnya. Pelbagai persediaan hendaklah dilakukan untuk menjayakan wawasan tersebut.
Mewakili angkatan remaja, bincangkan strategi anda dan rakan-rakan untuk memastikan wawasan tersebut tercapai.


   Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang kerjayanya sebagai pemimpin utama negara telah mencetuskan pelbagai idea yang pragmatik. Idea-idea seperti Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penswastaan, Slogan Bersih, Cekap, dan Amanah dan yang paling menarik ialah Wawasan 2020 (WW 2020_ telah menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus mengorak langkah. Kini, WW 2020 telah dijadikan garis panduan dan penanda aras untuk kerajaan dan rakyat Malaysia memacu negara menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, segala dasar yang dibentangkan bukan sekadar muluk dalam impian dan kata-kata sahaja, tetapi cabarannya amatlah besar. Sesungguhnya, semua gagasan perdana itu hendaklah direalisasikan dengan kegigihan dan strategi yang betul dan tepat. Insyaa-Allah, sekiranya betul pada tindakan dan cara yang dilaksanakan oleh seluruh warga Malaysia, justeru saya memberikan jaminan bahawa kami anak-anak muda pascamilenium pasti akan turut bersama-sama menggemblengkan tenaga dan pemikiran demi wawasan negara.

  Meminjamkan kata-kata hikmat daripada peribahasa Arab, "Kasih akan watan sebahagian daripada iman" jelas menunjukkan bahawa semangat patriotik merupakan anak kunci utama kejayaan sesebuah negara. Hal yang demikian amatlah penting kerana perasaan cinta dan sanggup berkorban kepada watan akan menatijahkan seseorang itu rela berkorban apa saja dan mengutamakan kepentingan negara mengatasi segala yang lain. Atas rasa cinta terhadap negara,rakyat di beberapa buah negara termaju di dunia rela bekerja kuat demi semangat patriotik terhadap negara mereka. Lihatlah negara-negara kecil seperti Norway 5.5 juta, Singapura 5.31 juta dan Hongkong 7 juta penduduk tetapi mampu menjadi juara negara berpendapatan tinggi. Seandainya rakyat Malaysia mempunyai semangat yang sama nescaya tiada sebab Malaysia tidak boleh menjadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Sesungguhnya negara yang kuat bukan terletak kepada jumlah rakyatnya yang ramai tetapi yang berkualiti, seperti sindiran Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud, "Pada akhir zaman nanti, sesebuah negara itu akan musnah disebabkan rakyatnya yang ramai, tetapi mereka itu seumpamakan buih di laut".

  Keamanan dan keharmonian yang dijelmakan oleh persefahaman yang total dalam kalangan rakyat pelbagai kaum adalah antara intipati yang perlu diamalkan jikalau kita mahu melihat negara ini menjadi negara maju. Oleh itu, saya beriltizam untuk terus patuh dan kimited demi mempertahankan keamanan dan keselamatan negara. Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu Sabah dalam tahun 2013 ialah bukti jeas bahawa perairan negara belum cukup selamat. Sementara itu, penyeludupan masuk warga asing yang sudah mencecah 6.8 juta amat membimbangkan kerana mereka ibarat bom jang yang pada bila-bila masahaja boleh mengganggu gugat keamanan negara.Dengan sebab itu, suatu lagi prakarsa penting kepada rakyat Malaysia adalah memperkukuh semangat perpaduan dalam satu aspirasi yang sama iaitu satu suara, satu bangsa dan satu negara. Mewakili generasi pelapis saya akan terus mengibarkan panji-panji keamanan dan menyeru rakan daripada segenap lapisan masyarakat tanpa membezakan identiti agar bersatulah demi keamanan. Ingatlah, di sini kita dilahirkan, di sini kita bernaung dan di sinilah negara kita yang seadanya. Bangkitlah, wahai anak Malaysia yang mempunyai citra dan visi yang senada, KERANAMU MALAYSIA.

  Sebagai anak muda, cita-cita merupakan kiblat dan pandu arah untuk mencapai sesuatu kejayan. Demi menyahut cabaran WW 2020, saya harus memperkasakan matlamat dan cita-cita. Cita-citalah yang menentukan seseorang itu memiliki jiwa yang besar atau sekadar menjadi manusia biasa. Dengan cita-cita saya beriltizam untuk terus bangkit menjadi anak muda yang berjaya hingga ke peringkat global. Dalam cabaran global yang semakin sengit, anak muda Malaysia tidak betah lagi untuk terus jumud pemikiran mahupun tindakan umpama katak di bawah tempurung. Dunia kini merupakan medan persaingan tanpa mengira sempadan geografi dan sempadan politik. Paksi kepada cita-cita saya yang utama adalah untuk menggerakkan suatu wawasan agar negara ini mampu berada dalam kumpulan sepuluh negara yang pencapaian ekonominya paling berdaya saing. Matlamat tersebut bukanlah mustahl dengan potensi yang dimiliki oleh Malaysia kerana hendak seribu daya tidak mahu seribu dalih.

  Dalam melangsaikan segala prakarsa, saya hendaklah tega dan gigih menuntut ilmu dan menguasai pelbagai kemahiran. Hal tersebut adalah jelas kerana ilmu sebagai prasyarat mutlak untuk memperoleh sesuatu kejayaan. Dalam hal ini, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Jikalau  kamu mahu akan kejayaan di dunia hendaklah dengan ilmu dan jikalau kamu mahu akan kejayaan di akhirat juga adalah dengan ilmu". Oleh itu, ilmu hendaklah dijadikan maqasid utama untuk kita memperoleh kejayaan. Lebih-lebih lagi  dalam dunia yang sarat dengan persaingan ini, golongan yang lemah akan terus tertingal bak kata peribahasa, si bodoh menjadi makanan si cerdik. Seyogia, untuk menyahut cabaran negara, ketika usia masih hijau dan darah masih panas saya perlu menguasai pelbagai bidang ilmu terutama ilmu yang kompeten dengan pasaran kerja semasa. Bidang ilmu pengetahuan seperti teknikal. ICT dan keusahawanan hendaklah dikuasai oleh rakyat Malaysia jikalau mahu masuk ke arena global. Kini, sudah terang lagikan bersuluh semua negara dalam senarai sepuluh yang paling berdaya saing kuasa ekonomi dunia, tujuh negara adalah yang paling tuntas menguasai ketiga-tiga bidang ilmu tersebut.

  Kesinambungan politik dan kepimpinan sesebuah negara terletak kepada ketahanan generasi muda yang bakal mengambil alih tampuk pemerintaha. Asas teguh yang telah dibina oleh pemimpin yang terdahulu perlu diperkasakan lagi. Jangan dibiarkan imej baik pemimpin-pemimpin terdahulu berlalu begitu sahaja kerana sudah resam patah tumbuh hilang berganti. Prakarsa yang paling penting ialah, anak mudah seperti saya dan rakan-rakan hedaklah sanggup mengambil tanggungjawab besar bermula dari sekarang jikalau mahu melihat masa depan negara lebih gemilang.


« Previous // Future »