Love in Palm Mall
Expressions
Ramadhan 26
Hectic
Science chapter 8
STUDENT GRUMBLING
Luqman Al- Hakim
The woman says 'Bismilah'
Early in the morning
Opportunity of fixing our broken relay from quarre...
| Latihan akhir tahun Bahasa Melayu (Karangan)
9.18.2014, Thursday, September 18, 2014 ♥
Huraikan pendapat anda tentang isu yang ingin diutarakan dalam catatan di bawah ini. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingg 250 patah perkataan.
RUKUN MENUNTUT ILMU
Ilmu pengetahuan merupakan senjata yang paling ampuh. Ilmulah yang bakal memandu manusia untuk memilih jalan yang benar. Tanpa ilmu manusia boleh terjerumus ke lembah yang paling hina. Namum demikian, manusia sentiasa dinasihati agar memilih ilmu yang benar-benar mendatangkan kemashalatan kepada umat manusia. Sebagai panduan menuntut ilmu, tokoh-tokoh ternama telah menggariskan beberapa panduan supaya manusia memperoleh ilmu yang berguna.
Ilmu tidak mudah diperoleh. Setiap individu yang ingin mendapat ilmu pengetahuan hendaklah sanggup berjuang dan bersusah payah. Imam al-Syafie ketika keluar menuntu ilmu terpaksa berjalan kaki hingga berbulan-bulan sebelum dapat berjumpa dengan gurunya. Bermujahadah dengan ilmu bermaksud sanggup menempuh segala cubaan sama ada semasa menuntut ilmu atau sewaktu membuat persediaan mencari ilmu. Perjuangan untuk memperoleh ilmu adalah berkehendakkan seseorang itu supaya melupakan sementara kesenangan dan keselesaan.
Sementara itu, seseorang penuntut mestilah berniat ikhlas ketika menuntu ilmu. Ilmu yang bermanfaat hendaklah digunakan untuk membimbing umat manusia menjadi insan yang berguna. Ilmu yang berkaitan dengan fardu ain akan membantu manusia mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Manakalah ilmu yang berkaitan dengan fardu kifayah pula menuntu seseorang itu memanfaatkannya untuk faedah umum. Dengan hal yang demikian, segala sumber ilmu yang diperoleh sama ada fardu ain atau fardu kifayah hendaklah dikembangkan kepada orang lain.
Guru pula ibarat obor yang sentiasa menyinari pelajar dengan suluhan cahaya ilmu. Pujangga pernah berpesan, "Berilmu tanpa guru ibarat belajar dengan syaitan". Syaitan sudah pasti menunggu peluang untuk menjerumuskan manusia ke lembah kesesatan. Oleh hal yang demikian, sebelum menuntu ilmu, kenal pastilah lebih dahulu guru yang benar-benar berwibawa. Untuk memperoleh ilmu yang berkat, guru hendaklah dihormati. Tunjuk ajar mereka perlu diikuti, manakalh larangan mereka perlu dipatuhi.
Kebijaksanaan seseorang itu diukur berdasarkan sejauh manakah dia dapat mengesakan Tuhannya? Oleh itu, semakin tinggi ilmu yang diperoleh semakin tinggi tingkat tawaduk seseorang. Rasa takut dan patuh akansegala larangan Tuhan menjadi tonggak dan pegangan hidup. Dalam hal ini, ilmu yang diperoleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk mentauhidkan Tuhan. Hakikatnya seberapa tingi pun ilmu yang kita peroleh, kita perlu merendahkan diri kepada Tuhan yang Maha Berkuasa.
Akhir sekali, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad" dan "Tuntutlah ilmu hingga ke negara China". Setelah mendapat ilmu, jadilah manusia yang berguna keda diri, manusia, dan Tuhan.
|