<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6205288770216837058\x26blogName\x3dMrs.Nutella\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://dax-gilegile.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://dax-gilegile.blogspot.com/\x26vt\x3d-2319436844427489072', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>


Throwback

New way to download song
Cerita berdoodle : Babah sayang Kakak
Awak malu berkawan dengan Saya Ke
Oh Hello Platonic Love
Sick :/
Bestfriend
I Reply Your Mcg
Final Exam
Crazy Night Babehh
Sport Day
Underlined | Bolder | Italic | Strike

Lelaki Kolot
4.11.2014, Friday, April 11, 2014
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Lelaki kolot, belum tentu comot.

Lelaki kolot. Rambut disikat tepi, ke arah kanan. Konon-konon mahu menganankan semuanyalah. Mana tidaknya, kanan itukan sunnah! Tapi kadang-kadang tercacak juga sikit.

Lelaki kolot itu, bila diajak ‘fly‘, tidak mahu, tunjuk baik sangat la kan.

” Jom pi pekena nasi goreng kat kedai luar tu, tension study kot.” Ucap Salim sambil melihat jam yang sudah 2 pagi.

” Pi la dulu, aku tak lapar lagi ni, stok makanan aku pun banyak lagi dalam loker nu “

” Tak mau order apa-apa ka, sat gi menyesal “

” Tak apa la, aku makan biskut ja la..”

 Lelaki kolot, memandang rendah. Bukan padang rendah orang lain, tetapi menundukkan pandangan. Segan mahu pandang perempuan-perempuan ajnabi atau dalam bahasa yang tidak kolot dan lebih mudah, awek-awek cun. Eh, benda cantik ni memang untuk dipandang la. Buat segan boleh. Huh, kolot!

Lelaki kolot, awal saja sentiasa. Pergi mana pun jadi orang first atau jadi antara terawal. Ish, skemanyaaa. Pergi kelas awal, pergi kuliah awal, bangun awal, mandi awal, dan paling teruk tidur awal!

” Wei, jom tengok movie malam ni lepas study? Ye la tak mau kacau hang study.”

” Tak mau ah. Aku nak tidur awal, aku ada kerja pagi esok. Takut-takut malam aku tak ‘hidup’ pulak”

Lelaki kolot, suka bangun malam-malam. Tak tahu la buat apa, sebelum subuh dah bangun, mandi awal lepas tu duduk atas sejadah dan nangis sorang-sorang. Macam budak-budak, lelaki apa entah macam tu. Tak macho. Lebih memilukan, sempat lagi buka buku. Nak tunjuk rajin la tu. Hmm, rimas aku. Kita remaja lagi kot, tak remaja langsung!

Lelaki kolot, suka rehat di surau. Entah, dia suka bungkus makanan,  lepas tu pergi surau. Padahal, kantin kafeteria ni pun ada. Heee, tak faham aku. Pagi-pagi macam tu nak solat apanya kat surau tu, waktu rehat bukan lama sangat pun. Hishh.

Lelaki kolot, suka sungguh beli buku. Kalau setakat beli saja tidak mengapa, ni duk buat gigih membaca pula. Buku-buku pula bukanlah semua jenis santai, semua jenis berfikrah, jenis islamik la apa la. Apa kena sawan la orang jenis ni. Orang layan majalah hiburan ke apa ke, baru sedap beb!

Lelaki kolot, suka sangat dengan speaker dia. Speaker mahal tu. Tapi dia just dengar lagu-lagu nasyid saja, dan paling tak tahan, play ayat-ayat quran saja selalu. Dengar la yang berjenais sikit, rock kapak ke, rock batu lesung ke balada cintan cintun ke, baru sentap sikit. Memang aku tak tahu nak apa lagi, memang kolot!

Lelaki kolot, bila sedih buka al-Quran. Suka, sedih, geli, marah, rindu semuanya buka Quran tu. Tak tahu la apa yang terlalu special dengan Quran dia tu. Baca setakat khatam sekali cukup la, tu saja kan adat orang kita? Eh, zaman sekarang ni bukan macam dulu. Kita dah ada fb, eh ‘facebook‘, ye lah sebut ‘fb‘ tak tahu pula nanti. Rasa apa pun, buat saja status kat facebook ni. Biar semua orang tahu, tak payah nak privasi sangat la hidup kita ni.

Lelaki kolot, awek pun tidak ada. Orang lain sibuk melayan awek, dia buat tak tahu saja. Sibuk dengan belajar dia tu. Buku, buku, buku. Mengaji, belajar, mengaji, belajar. Rimas betul, tak reti nak ber’awek’ langsung. Yang dia tahu, selalu hantar mesej sayang kepada ibu dia. Kadang-kadang kat ayah dia pun dia boleh hantar. Pelik. Hey, mak dengan ayah kau tu, selalu dah kot duk jumpa kat rumah. Tak payah nak luah-luah sangat la. Hii, geli betul dengan si kolot ni!

Lelaki kolot, nak makan pun memilih. Memang tak best, semuanya nak tengok ingredient. Selalu macam tu la, dia kata sebab takut makan benda haram atau syubhah. Alah, makan sajalah, makanan jugak kan.

Lelaki kolot, selalu senyum. Ini paling tak faham. Orang marah, orang kenakan dia, orang bahankan dia, orang fitnah dia, orang buat itu buat ini. Semuanya, senyum. Sabar saja. Macam tak ada perasaan, tak ada effect. Malah, orang bertambah suka dekat dia. Kalau marah pun, sebab aku lambat-lambatkan solat. Aku pelik. Pelik plus bingung. Hampir biol kepala aku ni tengok si kolot ni.

Lelaki kolot, suka sungguh buat orang suka kat dia. Dia layan orang di sekeliling dia dengan sama rata. Baik saja semua. Semua dia layan. Geng rock kapak pun layan, geng surau pun layan, geng lembut, geng keras, geng tough, geng rempit puuun layan. Jarang orang luahkan tak puas hati kat dia. Ubat pengasih apa entah yang dia pakai.

Lelaki kolot, suka betul ajak orang buat baik. Orang selalu kata apa, haaaaaa, dakwah kot. Kerja-kerja macam tu dia boleh buat. Ajak orang buat pahala itu ini la apa la. Suruh orang solat jemaah, suruh tutup aurat. Ustaz dengan tok imam pun ramai lagi. Biar saja la mereka yang buat. Tak payah buat baik sangat la. Hmm.

Kolot sungguh kan, entah-entah kahwin nanti pun dengan minah kolot lebih kurang dia jugak. Uh, pelik!

Ah, banyak lagi yang si kolot ni buat. Tak sanggup aku dedahkan lagi. Letih.

Rasulullahi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda mafhumnya :
“Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” 
(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu Hurairah). Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, Kitabul Fitan, 11/485, no. 3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari ‘Abdurrahman B. Sannah))

Baginda Rasulullahi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah di tanya,
‘ Siapakah golongan yang ganjil ( ghuraba’ ) itu ya Rasulullah??’ Rasulullah menjawab ” Mereka itu ialah manusia yang melakukan islah ( pembaikan ) ketika fasadnya (rosaknya) manusia”. 

Wallahua’alam.

Dipetik dari Ibnuddin

« Previous // Future »